Pernah satu ketika, saya bercakap dengan seseorang. Pada mulanya abang
hanya menghentak tangannya pada saya dengan perlahan, tapi lama-lama
semakin kuat.
Rupa-rupanya abang tidak suka saya bercakap perkara yang tidak sedap didengar di telinganya.
Sampai begitu sekali dia sayangkan saya, supaya saya tidak buat perkara
yang merugikan, malah abang sering berpesan ia adalah kebaikan untuk
dijadikan contoh kepada anak-anak.
Ini juga yang patut dicontohi dan saya amat bersyukur semasa dalam
keadaan sakit dan tidak bermaya, abang masih lagi bangun sepertiga malam
untuk bertahajud.
Sangat tersentuh hati saya apabila kira-kira jam 3 pagi saya mendengar
abang sedang membaca ayat-ayat suci al-Quran ketika bertahajud dan
pernah satu ketika, bacaannya agak kuat kerana sengaja untuk bangunkan
saya daripada tidur.
Memang inilah amalan abang sejak dulu lagi, malah tidak pernah abang
abaikan dan mengeluh penat untuk melaksanakannya, walaupun kadangkala
balik lambat sehingga jam 2 pagi (sewaktu menjadi menteri besar) pun.
Sinar Harian
Bertahajud tetap menjadi keutamaannya.
Pernah juga abang bergurau, “Pahala solat sunat abang lakukan ini tidak
boleh berkongsi dengan Yah, amalan masing-masing. Jadi kita kena
sentiasa beribadah”.
Walaupun nada nya bergurau, tapi saya tahu pesanannya itu adalah
daripada seorang suami yang mahukan yang terbaik buat isterinya.
Abang memang utamakan solat. Setengah jam sebelum masuk waktu abang akan
bersedia dengan wuduk dan saya masih ingat perumpamaan yang ditujukan
kepada saya mengenai solat. Katanya, seperti menghadiri majlis kenduri,
jika lewat datang sudah pasti lauk-pauk tidak akan cukup lengkap.
Katanya sama juga dengan solat, jadi jangan tangguh-tangguhkan.
(Sekali lagi air mata Tuan Sabariah mengalir dan tetamu yang berada di
ruang tamu juga kelihatan sayu sambil kedengaran tangisan kecil apabila
berkongsi mengenai baju paling disukai oleh Tok Guru yang digayakan oleh
isterinya.
Keadaan menjadi lebih sayu dan masing-masing memandang Tuan Sabariah
apabila baju kegemaran Tok Guru itu dipakai sehari selepas pemergian
Allahyarham, sambil tangannya digenggam erat oleh penulis)
Baju inilah (baju kurung kain kapas krim berbunga kecil) yang abang
paling suka saya pakai, malah sering memuji corak yang katanya begitu
sesuai dengan saya. Abang tidak suka saya pakai baju warna terang dan
bunga besar dan banyak, tetapi tidak pula pernah melarang ataupun
menegur sehingga saya berkecil hati.
Pernah juga baju pemberian rakan terpaksa disimpan walaupun hanya beberapa kali dipakai.
Ini kerana abang pernah menegur saya secara bergurau, “Yah nampak tua
pakai macam itu." Saya hanya membalas dengan ketawa dan terus menyimpan
baju itu dan tidak dipakai lagi.
Bagi saya, apa yang terbaik untuk abang adalah yang terindah bagi saya.
Walaupun hal pakaian adalah perkara remeh bagi sesetengah isteri, namun
itulah keutamaan bagi saya untuk menjadi isteri yang patuh kepada suami.
0 Response to "Bertahajud tetap menjadi keutamaan Tok Guru - Datin Tuan Sabariah"
Post a Comment