Puasa mengharamkan benda yang halal - Almarhum Tok Guru Nik Aziz

Puasa melatih kita tidak menggunakan harta halal kepunyaan kita sendiri. Tidak ada satu latihan seperti ini yang di buat oleh mana-mana institute, oleh mana-mana pertubuhan ciptaan manusia, tidak ada satu pun manusia di muka bumi ini baik falsafah, baik ahli mana sekalipun yang terbuka fikiran mereka hendak latih rakyat, hendak latih orang di bawahnya supaya tidak menggunakan harta mereka sendiri. Tidak ada selain daripada islam. Kalau ada juga orang lain latih macam ini tetaplah orang itu tiru-tiru hikmat berpuasa.

Bila kita berpuasa, erti kita di larang makan harta kita sendiri yang betul benar halal. Kita puasa dan kita balik ke rumah kita buka saji, kita buka peti, kita buka alamari, kita dapati bermacam-macam jenis makanan, bermacam-macam jenis minuman, lebih lagi dunia moden ini, banyak menggunakan alat-alat canggih untuk menyimpan baran-barang makanan tanpa rosak, tetapi bolehkah kita makan harta kita sendiri di rumah musim puasa, tentunya tidak. Walau bagaimanapun haus, walau bagaimana lapar  sekalipun. Sifat kita muttaqin – bertakwa kepada Allah- kepada Allah SWT,

Usahkah kita hendak curi barang orang, usahlah kita hendak guna barang orang laindengan cara haram, barang kita sendiri juga dilatih supaya tidak mengguna, kerana Allah SWT larang, Latihan berpuasa ini latihan mendekattkan manusia kepada ALLAH SWT dam berdisiplin kerana ALLAH SWT, kita makan nasi ALLAH SWT izin dulu, iaitu setelah jatuh matahari, kita tidak makan pun kerana ALLAH SWT. Kita makan pun kerana ALLAH SWT.

1 Response to "Puasa mengharamkan benda yang halal - Almarhum Tok Guru Nik Aziz"