Tidak Elok Kita Pakai Banyak Perhiasan - Kata Tok Guru Nik Aziz Pada Isteri

"Tidak Elok Kita Pakai Banyak Perhiasan"
Pernah suatu hari ketika mula-mula Tok Guru jadi Menteri Besar, isteri beliau Tuan Sabariah meminta izin suaminya untuk beli sedikit perhiasan untuk di pakai.

Jawab Tok Guru; "Tidak elok kita pakai banyak perhiasan. Nanti kalau kita pergi ziarah rakyat miskin, lepas tu mereka tengok perhiasan yg kita pakai, mungkin mereka akan cemburu. Bila dia minta daripada suaminya, suaminya tak mampu nak beli
sebab miskin. lalu bergaduh suami isteri. Mereka akan bergaduh sebab kita.

Sejak dari itu,isterinya tak pernah meminta sebarang perhiasan daripada suaminya. Beliau hanya memakai seutas gelang kecil sahaja sejak dari dulu. Beliau meletakkan kecintaan pada suaminya melebihi keseronokannya pada perhiasan yg tiada nilai keika menghadap allah SWT kelak.

Inilah contoh yang wajar di jadikan tauladan oleh pemimpin di muka bumi Allah. Di sebabkan kelunakan hati mereka kepada akhirat, kemewahan hidup dunia di anggap sebagai suatu yg perlu di jaga. Tidak hairanlah pemimpin sebegini mampu melahirkan rasa cinta di hati rakyat terhadap mereka.


From: Kezuhudan umar abdul Aziz, kesederhanaan Nik Abdul Aziz ( Wanji Wanhussin Wanji)

0 Response to "Tidak Elok Kita Pakai Banyak Perhiasan - Kata Tok Guru Nik Aziz Pada Isteri"

Post a Comment