Menjadi mukmin sejati adalah impian orang beriman. Mereka berusaha meneladani Rasulullah SAW agar termasuk dalam golongan yang di redhai. Maka, laluan untuk menjadi orang yang beriman juga perlu melalui jalan yang dibina Rasulullah SAW.
Antara lorong indah yang telah dibina Nabi Muhammad kepada kita umatnnya adalah akhlak terpuji, baginda adalah contoh, suri teladan dan penghulu yang baik malah amat dianjurkan untuk kita mencontohi akhlak yang ada pada diri Rasulullah itu. Bahkan, bukanlah matlamat Rasulullah diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia?
Di antara akhlak terpuji Rasulullah yang perlu dibina dalam diri adalah menjauhi perbuatan tercela termasuk berburuk sangka, mengumpat serta mencari kesalahan dan keaiban orang lain. Ia bukan sahaja termasuk dalam perbuatan tercela, bahkan tergolong dalam penyakit hati.
Berburuk sangka, Mengumpat dan mencari - cari kesalahan orang lain meletakkan seseorang muslim itu bukan sahaja memiliki akhlak yang kotor , tapi juga menjauhkan nya daripada kesecian agama Islam sebenar. Banyak kesan tidak baik alan wujud apatah lagi melibatkan hubungan nya dengan orang lain. - Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Buruk Sangka, Mengumpat dan Mencari Kesalahan"
Post a Comment