"Gerun Di Gelar Tok Guru"
Kita duduk di atas muka dunia ini orang pangil Tok guru, saya ni orang panggil tok guru, yang amat berhormat pun orang pangil, tok guru pun orang pangil. Hati saya kalau orang pangil menteri besar tidak rasa apa-apa. tapi kalau sebut tok guru berasa gerun, berasa sungguh ke aku ni tok guru. Benda itu saya selalu duduk fikir, kalau sebut tok guru gedebar sokmo dalam hati, betul ke aku ni tok guru. kalau sebut yang berhormat tidak ada apa-apa. perkara biasa. Benda yang mula daripada angkat sumpah sampai bubar parlimen, habislah cerita yang berhormat, tidak pelik apa sebab pangkat derjat ni orang beri tapi kalau tok guru tak tahu siapa yang sebut. tahu-tahu oranf pangil tok guru.Bila kita ni di gelar orang, orang pangil kita ni tok guru, Ustaz dan sebagainya erti nya orang meletak harapan yang begitu sekali tinggi kepada kita. untuk kita memimpin dia kerana kita ni tok guru dia, dia bukan tok guru. bila dia tidak tok guru dan kita ni tok guru, kerja tok guru ialah membetulkan perangai, tingkah laku, kerenah manusia.itu kerja tok guru. tok guru tidak mengajar masak kueh, jahit baju dan baiki kereta, itu tidak profesion tok guru. Kerja tok guru ialah
Bermaksud :
إنما بعثت لأتمم صالح الأخلاق
“Sesungguhnya aku diutus, (tiada lain, kecuali) supaya menyempurnakan akhlak yang mulia”.
Bila Nabi Muhammad SAW meninggal dunia maka tugas baginda disambung oleh orang-orang tertentu yang dalam bahasa Arabnya dipangil ulama, dalam bahasa melayu di pangil tok guru.
0 Response to "Gerun Di Gelar Tok Guru - Tok Guru Nik Aziz "
Post a Comment