Menjadi Perdana Menteri Atas Dunia Selamat, Tapi Di Akhirat ? - Tok Guru Nik Aziz

  "ALLAH KAWAN RAPATKU"

Saudara kalau berkawan dengan satu orang, orang kaya ke, orang jahat ke, orang berkuasa ke, orang politik ke, kita dengan sendiri terikut-ikut dengan kawan rapat kita. Kalau kita bekawan rapat dengan penjahat mahu tak mahu kita terlibat dengan kejahatan penjahat. kalau kita berkawan rapat dengan orang kaya sekurangnya kita sedap berbual walaupun miskin tetapi pandai kita bercakap mengenai kewangan, korporat dan sebagainya. kalau kita berkawan rapat dengan orang alim, alim apa sahaja, tentulah kita boleh tahu kaedah-kaedah ilmu yang ada pada kawan kita. apa kata kalau kita berkawan rapat dengan ALLAH SWT sendiri.

Nabi Yusuf minta supaya ALLAH SWT berkawan rapat dengannya. Bila ALLAH SWT berkawan rapat dengan kita. kita boleh agak sendirilah sejauh mana syaitan akan lari jauh daripada kita. Dalam penyelesaian ekonomi Syaitan tidak akan masuk rapat. dalam penyelesaian apa sahaja pun syaitan tidak akan rapat, kerana ALLAH SWT begitu sekali rapat dengan kita. Alangkah bahagianya hidup siapa sahaja pun. Lebih-lebih lagi ahli politik, lebih-lebih lgi pegawai kerajaan yang meminta-minta dengan ALLAH SWT, supaya ALLAH SWT menjadi kawan rapat mengatasi dia mengawali dia. Baik pun di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat.

Nabi Yusuf AS minta daripada ALLAH SWT supaya ALLAH SWT matikan dia sebagai seorang muslim, tidak usahlah mati dengan nama perdana menteri ke, dengan nama yang berhormat ke, tidak payah lah. Tidak payah matikan aku sebagai raja, sebagai presiden, sebagai ketua kerajaan. aku tidak mahu, aku hendak mati sebagai muslim.
Apabila kita mati dan aku di catat sebagai seorang muslim maka segala-galanya bererti aku berjaya dalam hidup. dan masuklah aku dalam senarai orang soleh. janganlah masukkan aku senarai orang kaya. orang korporat, tak payahlah, aku tidak hendak, aku hendak masuk senarai orang soleh. bila kita disenarai oleh ALLAH SWT sebagai orang soleh, Insyallah pergilah kita di dunia, masuklah kita di lubang kubur dan hidup kita balik di akhirat kelak, kita selamat tetapi tidak semestinya orang yang menjadi menteri besar. orang yang menjadi perdana menteri selamat di dunia, dalam kubur dan akhirat, tidak mesti yang mesti selamat ialah As-Salihin - Orang - Orang yang soleh. 

Jangan Lupa Like Page Facebook Kata Tok Guru sebagai tanda menyokong usaha kami :) 

0 Response to "Menjadi Perdana Menteri Atas Dunia Selamat, Tapi Di Akhirat ? - Tok Guru Nik Aziz "

Post a Comment