"Doa Perdana Menteri"
رَبِّ قَدْ آتَيْتَنِي مِنَ الْمُلْكِ وَعَلَّمْتَنِي مِن تَأْوِيلِ الأَحَادِيثِ فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ أَنتَ وَلِيِّي فِي الدُّنُيَا وَالآخِرَةِ تَوَفَّنِي مُسْلِمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ
Maksudnya : "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh".
Setengah tafsir bahawa takbir mimpi kita boleh di panggil ramalan politik, sebagaimana Islam memberi peluang kepada kita mentakbirnya dengan bermacam-macam takbir, maka politik juga perlu diramal. Orang yang bijak, orang yang berpengetahuan tinggi dia memang boleh buat ramalan politik, apa nak jadi, apa nk jadi hasil daripada itu hasil daripada ini.
Ini doa Nabi Yusuf AS yang di sebut sebagai menteri atau perdana menteri dalam sebuah nageri yang di sebut Mesir, yang sampai sekarang ini pun kalau ke mesir, orang mesir sebut Masr ‘ardu Yusuf atau Masr ‘ardhu Firaun - Mesir ini bumi Nabi Yusuf pun dia sebut, bumi Firaun pun dia sebut. Walau bagaimanapun Nabi Yusuf sebagai Nabi yang bijak berdoa minta Allah SWT berkawan dengan dia dan dengan cukup rapat- Anta Waliyya - Kamulah pengawal aku, penjaga aku, kawan rapat aku.
Ucapan Tok Guru sempena program pembentangan kertas kerja bertajuk Pilihan Raya
:Strategi & Harapan selaku Mursyidul Am Ke dua Pas Malaysia ( 1995 ).
Jangan Lupa Like Page Facebook Kata Tok Guru sebagai tanda menyokong usaha kami :)
0 Response to "Doa Perdana Menteri - Tok Guru Nik Aziz "
Post a Comment