Waktu saya mula-mula balik daripada luar negeri dahulu dalam tahun 1962. Saya dengar ceramah-ceramah politik yang diutarakan oleh pemimpin politik zaman itu. Dalam masa saya dengar itu saya duduk seorang diri, Saya kata Eh!! Kalau akulah jadi penceramah banyak lagi benda yang aku boleh kata, kerana aku belajar itu, aku belajar ini, Orang yang berceramah ini hanya ceramah dengan semangat Islam, Modal ilmiah tidak banyak, tetapi sekadar kemampuan yang ada pada dia, dia boleh cakap, dia cakap habis –habisan, sekadar mana ilmu yang ada pada dia. Kalau aku yang belajar di India, belajar di Pakistan, belajar di Mesir, daripada guru-guru yang al-Murabba yang telah di didik oleh murabbi masing-masing, banyak lagi benda yang aku boleh kata.
Saudara saudari sebagai siswa yang telah di kurniakan Allah
SWT dengan bermacam-macam ilmu pengetahuan, Takkanlah sekali sekala saudara
saudari tidak dengar penceramah-penceramah politik islam, dan bila
saudara-saudari dengar, Takkanlah tidak terfikir Eh! Kalau aku sendiri jadi
penceramah, banyak lagi benda yang boleh aku kata, kerana orang ini boleh jadi
tidak banyak ilmu dia. Aku yang banyak ilmu ni takkanlah hendak pendam ilmu
sampai busuk macam pendam ikan dalam raga, Akhir sekali busuk kita dah tak
boleh makan, suasana rumah oun berbau busuk.
Saudara-saudari sebagai orang yang ALLAH SWT pilih untuk
menjadi Siswa/siswi, sedangkan ramai lagi yang sepak
sampah di tepi jalan, yang kesihatan lebih kurang saudara-saudari juga. Kemampuan
otak macam saudara saudari juga, tetapi tidak dipilih ALLAH SWT. Apa boleh
buat, lalu menjadi manusia lepak, jadi manusia begitu, kita yang tidak jadi
macam meraka, kita kena bersyukur kepada ALLAH SWT kerana dia berikan ilmu dan
ilmu ini jangan dipendam begitu sahaja. Ilmu ini mesti diluahkan, pergilah ke
tempat orang ceramah apa, kita dengar
ceramah-ceramah yang diberikan dan tentulah saudara kena kata Eh! Kalau aku
sendiri berceramah, banyak lagi benda yang boleh aku sebut, kerana aku lebih
faham dan lebih mengerti.
Insyallah, bila saudara jadi penceramah, menjadi Mu’alim, jadi Qa’id
bukan sahaja boleh menyebut perkara yang orang lain tidak sebut lagi. Bahkan saudara
naik lagi setingkat, boleh berbuat perkara saya sendiri tidak buat lagi
sekarang ini dan kawan-kawan saya dalam kerajaan tidak boleh buat lagi. Banyak lagi
benda saudara boleh buat untuk mengagongkan Islam, selain daripada apa golongan
pemimpin telah buat di negeri Kelantan .
عَلَّمَ الۡاِنۡسَانَ مَا لَمۡ يَعۡلَمۡؕ
Maksudnya : Allah
sanggup mengajar manusia perkara yang manusia tidak pernah tahu.
Insyallah dari masa
ke semasa, melalui saudara-saurdari semua akan dapat tonjolkan islam mengikut
apa yang di kehendaki oleh Nabi kita Muhammad SAW. Dan apabila hidup balik di Padang
Mahsyar nanti. Bila kita berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW dan baginda
menyambut kita dengan senang, senyum simpul (dengan gembira) dan mempersilakan kita ke dalam Syurga
Jannatunnaim. Insyallah.
* ucapan tok guru Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada mahasiswa dan mahasiswi Kelantan sempena Ijtimak Aidilfitri anjuran siswazah Kelantan di Balai Islam, Kota Bharu pada 3 Syawal 1415 (5 Mac 1995)
0 Response to "Luahkan Ilmu Di Dada Mu Wahai Mahasiswa - Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat "
Post a Comment