Anak – Anugerah dan Amanah

Bagaimana sekalipun rupa anak-anak kita fizikal atau warna kulit, kita perlu menerimanya dengan penuh tanggungjawab. Menjaga , memelihara dengan sebaiknya.
Setelah dibangkitkan dari kubur kelak, kita sudah tidak lagi dberi kuasa untuk menjaga apa-apa , bahkan pada saat itu, Allah akan meminta kita memulangkan kepada –nya semula ada yang kita telah dipinjamkan selama di dunia ini. Persoalanya , bagaimanakah keadaan pinjaman ketika kita memulangkan kelak? Adakah sama cantik, sama baik seperti ketika Allah memberinya dahulu? Atau apakah ia berubah menjadi buruk , rosak dan sudah tiada nilai disisinya ? Ingatlah …. Antara pinjaman yang perlu dipulangkan semula itu, termasuklah  anak-anak kita. 


Di Dunia, ketika ALLAH memberi kepada kita zuriat , DIA memberinya dalam keadaan sungguh cantik,
bersih daripada dosa tiada maksiat yang melekat padanya, kitalah yang membela, memelihara, membesar dan mendidik nya, Namun, bayangkan andai ketika anak-anak itu di persoalkan semula dihadapan ALLAH, keadaan mereka pula sebaliknya. Apakah agaknya akan kita jawab jika ketika itu, mereka dan kita penuh dengan dosa, maksiat bahkan ada yang telah syirik kepada ALLAH.


Bukankah dalam menjalankan amanah, jika gagal memikulnya dengan baik, sudah pasti kita akan didakwa dengan pelbagai dakwaan .kita dikatakan sebagai cuai atau tidak pandai dalam menjaga
amanah. Bahkan, akibatnya kelak ada yang dihukum dengan pelbagai hukuman. Nah, bagaimana pula keadaan di antara kita dengan ALLAH kelak? Ketika ALLAH mempersoalkan amanah yang diberi menerusi kehadiran anak-anak dalam hidup kita ? andainya kita gagal melaksanakan, bukankah banyak hukuman yang menanti ? kita periksa diri kita, kemudian lihatlah  dalam diri mereka. Bolehkah kita Berjaya?
- Petikan daripada buku bicara demi ilahi

0 Response to "Anak – Anugerah dan Amanah"

Post a Comment